SAINS DAN TEKNOLOGI
PENGENALAN
Perkataan ‘sains’ berasal daripada bahasa Inggeris, iaitu
science. Sains dari bahasa Latin ” scientia ” yang bermaksud pengetahuan
manakala dalam bahasa Arab pula ialah Al-Ilm yang bererti tahu. Berdasarkan web
new collegiate dictionary definisi dari sains adalah “pengetahuan yang
diperoleh melalui pembelajaran dan pembuktian” atau “pengetahuan yang
merangkumi suatu kebenaran umum dari hukum – hukum alam yang terjadi misalnya
diperoleh dan dibuktikan melalui kaedah saintifik. Teknologi dari
segi bahasa, perkataan technology berasal dari perkataan Greek (technología).
(téchnē), yang bermaksud "seni, kemahiran, rekaan", dan (-logía),
yang bermaksud "pembelajaran, kajian". Manakala dari segi istilah
pula, teknologi merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada
satu takrifan. Antaranya ialah pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan
dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia.
Dalam era dunia tanpa sempadan, semua maklumat hanyalah
dihujung jari. Sains dan teknologi
membawa kita kepada suatu perubahan kehidupan. Kemajuan sains dan teknologi tidak boleh
dinafikan. Terdapat juga yang menafikan
tentang kesan sains dan teknologi. Pelbagai kesimpulan yang dibuat oleh individu
berdasarkan pengamatan tentang kesan sains dan teknologi sama ada membawa
kepada kemajuan mahupun kemusnahan alam sejagat. Tidak dapat dinafikan bahawa sains dan
teknologi mempunyai peri pentingnya dalam pembangunan masyarakat sejagat. Walau bagaimana pun sains dan teknologi
mempunyai kesan buruk dalam pembangunan negara termasuk alam sekitar mahupun
sosial.


CABARAN–CABARAN DAN KESAN-KESAN SALAHGUNA SAINS DAN TEKNOLOGI.
- Melayari
sumber-sumber atau gambar-gambar yang tidak bermoral. Perkara ini nampak seolah-olah satu perkara kecil, tetapi mempunyai kesan yang besar kepada
psikologi dan tindak-tanduk remaja.
Dengan adanya teknologi yang maju ini, rakyat terutamanya remaja akan
melayari sumber-sumber yang tidak bermoral ini dengan perasaan yang ingin
memahami lebih banyak. Seseorang remaja
bukan tidak mengetahui bahawa hubungan sex luar nikah adalah berdosa, risiko
yang besar dan akan menhadapi kesan yang buruk bagi masa depannya, tetapi
ketidak-seimbangan rohani, sosial dan keinginan biologinya menyebabkan
seseorang itu terdorong melakukan hubungan kelamin luar nikah. Ianya juga mepunyai hubungan dengan kes
pembuangan bayi yang semakin kerap kebelakangan ini.
- Berhubung rapat
dengn orang yang tidak dikenali secara terbuka dan penuh percaya. Kemudahan ICT
juga telah membuka ruang yang sangat luas bagimseseorng mengenali dan berhubung
dengan seseorang secara lebih bebas dan terbuka. Seorang remaja yang mudah percaya kepada seseorang
yang tidak dikenali akan membuka ruang seseorang yang berniat jahat mengambil
peluang ke atasnya. Tahap kematangan
remaja yang rendah serta pengaruh emosi dan tekanan keinginan biologi tanpa
kawalan sosial dan undang-undang yang benar-benar ketat mendorong remaja
berlakunya hubungan rapat yang tidak sepatutnya berlaku. Melalui ICT dan salah guna rakyat telah
banyak gadis-gadis yang menjadi mangsa dan telah dijadikan mangsa oleh mereka
yang tidak bertanggungjawab.
- Terlibat atau
melibatkan dengan pernipuan-pernipuan berbentuk kewangan secara terlindung. Pernipuan
dalam bentuk kewangan ini telah semakin merebak dan semakin ramai
mangsanya. Pernipuan yang bermotifkan
kewangan ini dilakukan dengan banyak cara di antara contohnya, tawaran hadiah
tertentu kepada seseorang kerana telah terpilih berdasarkan sesuatu sebab;
kerjasama dalam pengurusan mambawa keluar dana-dana tertentu dalam jumlah yang
besar dan juga kategori yang lebih kecil jumlahnya seperti anda telah menerima
sebuah kotak hadiah tetapi mesti membayar sebelum hadiah itu dapat dihantar dan
dituntut. Walaupun kadang-kadang mangsa
terasa bahawa ianya mungkin ditipu, tetapi kadang-kadang pernipuan terlindung
ini licik dan banyak juga mangsa yang terkena tipu.
CADANGAN-CADANGAN PENYELESAIAN SALAHGUNA SAINS DAN TEKNOLOGI
- Bagi mengelak
daripada anak-anak remaja melayari sumber-sumber/cerita-cerita atau
gambar-gambar yang tidak bermoral.
Pertamanya, ibubapa jangan membiarkan anak-anak terlalu bebas penggunaan komputer. Jangan membiarkan anak menggunakan komputer
dalam bilik yang tertutup, kerana ini lebih memungkinkan dia terdorong melayari
ruangan yang kurang baik dan merosakkan fikiran dan pemikirannya. Letaklah komputer di ruang rumah yang tidak
tertutup seperti ruang tamu dan juga berikan had masa yang tertentu bagi mereka
semasa menggunakan komputer. Ibubapa
seharusnya mengelakkan anak-anak bebas menggunakan komputer semasa mereka tiada
di rumah.
- Bagi mengelak
daripada anak-remaja berhubung rapat dengan orang yang tidak dikenali secara
terbuka dan penuh percaya. Ibubapa
dan guru-guru seharusnya menjelaskan akan bahayanya dalam bentuk
penerangan yang boleh menyakinkan mereka serta contoh-contoh buruk yang telah
berlaku akibat daripada terlalu percaya terhadap orang yang tidak
mengenali. Jangan memberikan maklumat-maklumat
peribadi yang lengkap kepada kenalan yang sedemikian. Maklumat ini semua akan boleh digunakan bagi
tujuan-tujuan jahat oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
- Bagi mengelak
daripada seseorang itu terlibat dalam pernipuan-pernipuan berbentuk kewangan
secara terlindung, rakyat terutamanya anak remaja hendaklah sentiasa diingati
bahawa jangan melakukan apa-apa bayaran tanpa kenyataan dariapada
badan-badan yang sahih kebenaran dan autoriti yang jelas. Tegaskan kepada anak-anak bahawa tidak ada
sesuatu yang akan kita dapati dengan mudah, apatah lagi jumlah wang atau
apa-apa ganjaran yang besar akan diberi dengan mudah dan percuma.

KESIMPULAN
Sebagai kesimpulan,
walaupun perkembangan sains dan teknologi pada masa kini mendatangkan banyak
kebaikan, namun pada masa yang sama ia mendatangkan keburukan kepada
manusia. Justeru, untuk mengimbangi
kesan positif dan negetif yang dibawa oleh kemajuan sains dan teknologi, kita
sebagai pengguna haruslah menggunakan teknologi ini dengan cara yang betul dan
tujuan yang baik. 😉
评论
发表评论